Wednesday, September 24, 2008

LUKISAN HATI dan BUDAK TAKRAW

Salam jumpa,

lama aku tak aktif dalam penghasilan blog-blog ni. bukan apa IT-IT ni aku lemah skeet.
Tapi dalam x sedar, ni je antara cara paling mudah dan effisien untuk berinteraksi ngan
pembaca-pembaca di luar sana.Editor aku pun ada cadang kat aku mula aktif berblog-blog ni,
senang nak update apa.

ok la, aku nak citer skit pasal 2 bijik komik aku Lukisan Hati dan Budak Takraw terbitan PTS ni.
Untuk sesapa yang tak tau lagi komik2 aku ni dah pun lama ada di pasaran dan hanya boleh dapat di toko-toko buku seperti MPH dan Popular.kenapa xde kat kedai mamak jangan tanya aku, tanya penerbit. Tapi memang kebanyakan buku PTS ada kat toko2 buku je. mungkin format produk ngan target market dorang kot. ntah laa.

Ok aku citer sikit pasal komik lukisan hati ni. komik ni aku buat lama dah dekat tahun 2004. waktu tu aku indie sikit (ceh!). Lepas berenti lukis untuk Gila-Gila. Aku tekad terbitkan komik sendiri supaya sesuai ngan konsep aku nak. di bawah label Bluncas Studio kepunyaan aku sendiri bersandarkan modal x seberapa maka lahirlah beberapa siri komik 40ms per isu lukisan hati yang akibat kurangnya pengalaman dan promosi x berapa sangat la jualannya. Tapi macam tu pun sedikit sebanyak mampu juga mengumpul pengikutnya yang tersendiri. Dalam tengah pikir apa nak buat supaya komik ni bleh terus berada di pasaran agar x hampakan peminat-peminat sedia ada, bleh la pulak terjumpa budak-budak PTS terus dapat offer untuk diterbitkan bawah label dorang.cuma ngan formatnya sedikit berbeza iaitu 145ms dan harga yang sedikit mahal meletakkannya pada kedudukan dan target market yang tersendiri. macam ekslusif gitu. Macam la...
LUKISAN HATI ni mengenai 5 sahabat yang sedang belajar di kolej seni.citer dia ada humor sikit ada serius sikit ada ntah apa2 sikit ada jiwang karat banyak. Haa tang jiwang itu yang buat leceh sikit. komik ni kita target terbit 3 jilid. tapi apapun serah kat sambutan macam mana.

untuk preview bleh layari :-

LUKISAN HATI Jilid 1
Link 1
Link 2
BUDAK TAKRAW -haaa yang ni lain sikit. dengan pembaca sasar budak-budak sekolah yang minatkan sukan maka lahir la idea mengenai sekumpulan pelajar sekolah yang aktif memperjuangkan sukan takraw di sekolah mereka. Citer ni kalau korang tanya aku, agak seronok sikit. kisahnya lebih direct to point dan tak begitu deep sangat. humor dan aksi diselang-seli dengan cara yang lebih santai dan bersahaja. watak-watak ditemukan dengan keadaan yang tidak disangka dan usaha mereka untuk memartabatkan sukan takraw disekolah mereka meletakkan karya agak unik sikit pada aku. ye lah ini la pertama kali aku buat untuk citer sukan. saja nak lari dari genre biasa.nak tengok preview tau lebih lanjut pasal komik ni layari:-

BUDAK TAKRAW
Link 1
Link 2

kat website ni jugak korang boleh tau pasal komik2 terbitan PTS yang lain.

support la komik tempatan!

No comments: